Monday, June 23, 2008

SUKAN 2008




Profil Sekolah


1. Latar Belakang Sekolah

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1946 oleh sekumpulan dermawan. Pada masa itu, sekolah ini cuma mempunyai sebuah bangunan dan kelengkapan sekolah adalah serba kekurangan. Banci murid adalah antara 30 hingga 40 orang.

Pada tahun 1947, pendaftaran murid-murid baru telah bertambah dengan pesatnya, akan tetapi keadaan bangunan sekolah didapati semakin merosot. Pada tahun 1949, pihak sekolah pula memohon bantuan daripada JPN Perak. Akhirnya 3 buah bilik darjah serta sebuah rumah guru yang baru telah didirikan.

Pada tahun 1951, bilangan murid bertambah dengan semakin pesat sehingga bilik darjah yang sedia ada tidak dapat memenuhi keperluan semasa. Sehubungan itu, pada tahun 1954 sebuah memorandum telah dikemukakan ke JPN Perak dengan permohonan supaya 2 buah bilik dapat didirikan lagi.

Pada tahun 1955, pihak sekolah telah mengemukakan permohonan ke JPN Perak supaya mendapat kebenaran untuk mengadakan “Fun-Fair” di sekolah. Segala wang derma serta kutipan yang dipungut adalah bertujuan membeli buku-buku cerita untuk pusat sumber, membeli perabot-perabot serta perkakas-poerkakas yang diperlukan oleh sekolah. Sementara itu, bilangan murid di sekolah tetap meningkat ke 180 orang. Dengan kelengkapan yang semakin banyak, sekolah ini telah menjadi sebuah sekolah yang lengkap.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Guru Besar Encik Yee Kong Suen, beliau telah mengusahakan pembinaan sebuah gelanggang bola keranjang dan sebuah perpustakaan iaitu pada tahun 1976 dan 1978.

Pada tahun 1983 / 1984, sebuah kantin baru telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM 10,000 daripada tangan Guru Besar pada masa itu ialah Cheong Pak Fong. Banguanan ini didirikan secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk kampung ini.

Pada tahun 1993, Pn Khong Pui Chun telah dilantik menjadi Guru Besar. Sepanjang perkhidmatan beliau telah berusaha membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai bilik komputer dan pejabat. Akan tetapi sebelum bangunan itu mula dibina, Pn Khong telah ditukarkan dan tempatnya digantikan oleh Pn Yeoh Siew Poh.

Dalam tempoh perkhidmatan Pn Yeoh, bangunan 2 tingkat itu telah berjaya didirikan. Sebelum bangunan itu dirasmikan, Pn Yeoh telah ditukarkan dan Pn Ng Nging Siew telah mengambil alih tempatnya. Pn Ng telah banyak berusaha untuk menitikberatkan keceriaan sekolah.

Pada tahun 2001, Pn Ng telah ditukarkan dan En Chan Kwai Hoong dimasukkan ke keluarga ini sehingga sekarang. En Chan telah mengusahakan baikpulih gelanggang bola keranjang dan laluan berbumbung. Pada masa itu, En Chan telah mengusahakan untuk mebina semula pagar yang rosak.

Naik taraf bilik komputer dan naik taraf bumbung kantin telah diusahakan oleh Encik Chan pada tahun 2006.

Pada tahun 2007, pembinaan sebuah pondok(Program Penyayang) di taman sekolah telah didirikan. Sekarang , Encik Chan sedang mengusahakan projek mengecat semula bangunan sekolah dan projek menukar bumbung sekolah.


2. Petempatan Sekolah

Lokasi : Luar Bandar

Jarak sekolah dari Pejabat Pelajaran Daerah Kinta ialah 60 km yang memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit perjalanan dengan kereta.

Pekan terdekat adalah Kampar iaitu sejauh 16 km.